Resiko Hamil pada Usia Tua
>> Tuesday, March 9, 2010
- Risiko penyakit berkaitan usia seperti kencing manis dan darah tinggi.
- Risiko berkaitan kehamilan seperti uri bawah (plasenta previa), uri lekang (plasenta abruptio) dan anemia (kekurangan darah).
- Risiko berkaitan janin seperti sindrom down serta sindrom ketidaknormalan kromosom lain
Selain itu, anda juga mungkin lebih mudah berasa letih sejak kehamilan. Anda mungkin memerlukan lebih banyak rehat. Tahap pemakanan lazimnya tidak berkaitan dengan usia.
Jarak kelahiran yang jauh membolehkan tubuh anda kembali pulih selepas kelahiran terdahulu dan mengurangkan kejadian anemia. Namun, jarak kelahiran jauh mungkin menyebabkan anda berasa seolah-olah sama seperti kehamilan anak pertama, malah anda mungkin berasa ia seperti pengalaman pertama hamil.
Teruskanlah pengambilan pil asid folik sebanyak lima miligram setiap malam. Pengambilan pil vitamin pula seeloknya jenis yang khusus untuk wanita hamil.
Saya harap anda memulakan antenatal bagi pemeriksaan tekanan darah, berat badan, ujian air kencing, ultrabunyi mengesahkan tarikh dan usia kandungan, bilangan janin (wanita berusia lebih berisiko mendapat kehamilan kembar), pengukuran nuchal translucency janin dan menjalani ujian saringan darah (paras hemoglobin, hepatitis, VDRL dan HIV).
Berbincanglah lebih lanjut dengan doktor anda mengenai masalah di atas. Doktor anda mungkin menawarkan ujian darah saringan risiko sindrom down atau terus kepada ujian kepastian melalui ujian chorionic villous sampling atau CVS bagi mengetahui DNA janin. Ujian saringan darah bagi penyakit kencing manis juga mungkin turut dilakukan.
sumber:http://wmelayu.blogspot.com/
0 komentar:
Post a Comment